Wednesday 2 December 2015

ID @Yes.MY anda melayakkan pemilikan lesen percuma MSOffice 2016 untuk 5 device (PC/LapTop/Smartfon)

KPM telah menukar format perkhidmatan zaman SchoolNet kepada era 1Bestarinet.
Pakej ini termasuk membekalkan ID akses internet kepada warga sekolah termasuk parent.
Pakej ini juga dilebarkan kepada anugerah lesen percuma Microsoft Office 2016.
MS Office 2013/2016 juga tersedia storage 1TB di ONEdrive yang siap terpasang dalam aplikasi.

Berikut dipaparkan proses pengaktifan ID Yes di laman MS Office:



Tatacara:
Buka 2 windows>
1- http://mail.google.com, login emel @yes.my anda.
Bagi yang pertama kali login emel @yes.my di laman gmail, anda diminta untuk login melalui pelantar frogVLE dan menerima syarat melanggan..
> ini adalah untuk anda mengesahkan emel YES anda dihantar oleh office.com, setelah anda menerima emel pengesahan, sila ikuti arahan yang diberikan.


> pelantar frogVLE


NOTA: Jika anda sudah log out dari google mail yes anda, namun bila buka emel google anda yg lain, akaun emel yes anda yang keluar (jika mengguna Internet browser yg sama) , ini bermaksud anda kena login VLE sekolah anda (https://kodsekolah.1bestarinet.net) dan log out back dari sana..baru emel yes anda benar-benar telah log out.(ikut langkah Imej di bawah untuk log out frogVLE)




 
2- Masuk laman > https://portal.office.com/start?sku=faculty




Isi ruang emel yang diminta dengan emel YES anda.
Sebaik sahaja anda klik butang Sign up...sila buka windows emel @yes.my anda..

Anda dibawa ke laman MS Office dan diminta mengisi butiran, dan kata laluan di sini tidak semestinya sama dengan PW frogVLE anda....



Masukkan ID Yes (Emel) dan kata laluan yang diset kan di laman butiran tadi..


Sekarang, anda berjaya masuk laman utama MS Office 365, dan sedia untuk install Office 2016...
Untuk instal di android fon, sila ikut arahan di bawah nya itu..

Sekian, sedikit panduan ringkas pengaktifan ID Yes di laman MS Office 365.

ISU:
Ada ketikanya (tak semua keadaan, sebab ada yang ok..nasib la) pengguna windows dan msoffice piracy atau cracked akan hadap isu aktivat dan gagal install office 2016 ini!

Ada juga ralat bit verses, di mana Office 2016 gagal di install disebabkan MS Office sedia ada dalam pc anda mengguna versi bit berbeza, sila back ke laman utama office dan pilih Office 2016 64bits. Default install Office 2016 ialah versi 32bits


Pemasangan office 2016 tidak menjejaskan office sedia ada. Pilihan samada kekal mengguna atau uninstall!

Kredit tu brosam founder grp Guru ICT  KPM Super atas sumber info. Selamat meng install.....